Friday 26 April 2013

Pertandingan Puisi Gaza BRC Open Days

Pertandingan Menulis Puizi Gaza dibawah kelolaan Exco Pembangunan Sahsiah Kolej Bunga Raya telah membawakan tema “Lots of Love For Gaza”.. Pemenangnya sudah pun diketahui dan telah dipersembahkan secara lisan sejurus tamatnya Program Forum Perdana Islam selepas jam 11 mlm tadi..




Penyertaan yang dtg daripada setiap kolej dan juga penetap luar telah menghimpunkan seramai 24 orang peserta bersama-sama bakat masing-masing..
Juri bagi pertandingan ini adalah saudara Mus’ab bin Muzahar dan saudara Ahmad Safwan bin Zakaria.. Keindahan puisi dinilai melalui beberapa kriteria ketepatan tema, ketepatan format, struktur, laras bahasa, dan kreativiti..
Hadiah kemenangan disampaikan oleh Prof. Mohd Fadzil bin Abdul Rahman (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNIMAS) diiringi oleh Dr Mohamed bin Hussin (Felo Kolej Bunga Raya).. Tempat pertama disandang oleh Ahmad Tajuddin bin Ismail diikuti oleh Umi Izzati binti Hod dan seteusnya Muhammad Zuhairi Asyraf bin Khalid..
tempat ketiga


tempat kedua


tempat pertama


No comments: