Saturday 27 April 2013

Pertandingan Kolam (Seni Beras) BRC Open Days 2013


Pertandingan Kolam bukan untuk kaum India sahaja.. itulah uniknya BRC Open Days kali ini.. Segala aktiviti yang dijalankan boleh disertai oleh semua kaum.. pertandingan Kolam atau dikenali seni beras ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.. Sebanyak 7 penyertaan telah diterima, 6 daripada kolej Bunga Raya sendiri dan wakil tunggal dari kolej Cempaka.. Peserta-peserta mempamerkan bakat seni beras mereka bertempat di blok B2 bermula jam 5 petang dan hanya diberikan masa selama 1 jam untuk membentuk Kolam mengikut kreativiti masing-masing..
Beras disediakan oleh pihak penganjur tetapi hanya ditampilkan dalam 4 warna berbeza dan peserta dibenarkan untuk membawa bahan tambahan sendiri.. Warna beras yang disediakan adalah biru, merah, kuning, dan hijau.. Tema Kolam yang dibentuk adalah logo BRC Open Days..








Cempaka Aum Aum

Sep Kito




ATC

Puan Sita Narayanan

Encik Indra Utama








Hasil seni ini diadili selama hampir setengah jam oleh Encik Indra Utama, pensyarah daripada Fakulti Seni Gunaan Kreatif dan Puan Sita Narayanan..  Pertandingan ini dinilai dari sudut kreativiti, kekemasan, ruang yang digunakan dan warna yang digunakan...
Juara bagi pertandingan Kolam ini ialah Sep Kito daripada Kolej Bunga Raya.. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Cempaka Aum Aum dari Kolej Cempaka dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan ATC daripada Kolej Bunga Raya.  

No comments: