Friday 26 April 2013

Forum Perdana Islam BRC Open Days 2013

Cuaca sepanjang malam tidak mengganggu perjalanan majlis.. Alhamdullilah..syukur ke hadrat Allah SWT.. 
Majlis ilmiah sebegini mendapat sambutan daripada penghuni kolej dan tak kurang juga daripada pengunjung luar.. Forum Perdana Islam ini  adalah anjuran Exco Pembangunan Sahsiah dibawah pimpinan saudara Akmal Aimanuddin.. Majlis ini dimulai dengan ketibaan tetamu kehormat iaitu Timbalan Naib Cancelor UNIMAS, Yang Berbahagia Professor Mohd Fadzil bin Abdul Rahman dan dimulakan dengan pembacaan doa..  

















Ahli panel forum terdiri daripada 3 orang iaitu Dr. Halim Bin Busari, pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Ustaz Tamri bin Arrin, Pegawai Hikmah Bahagian Samarahan dan Ustaz Nabil Ahmad, Penceramah dan Penyanyi kumpulan Far East.. Tema bagi forum kali ini ialah “Masyarakat Berintegriti Sahsiah Berkualiti” 
Secara kesuluruhannya, pengisian forum amat mantap dan memberi input yang baik kepada hadirin..
Sebelum majlis berakhir, Dr. Muhammad Bin Hussin mengiringi Professor Mohd Fadzil bin Abdul Rahman bagi menyampaikan cenderamata kepada ahli panel yang terlibat..

No comments: