Tujuh pasukan telah bertanding di
gelanggang sepak takraw dan pastinya pelajar-pelajar lelaki ini menunjukkan
kepakaran untuk menyepak.. : )
Exco Sukan dan Rekreasi telah berjaya merealisasikan
event ini dengan menarik penyertaan daripada semua kolej di UNIMAS dan hanya
kolej Bunga Raya, Cempaka, Tun Ahmad Zaidi,
Alamanda, Kenanga dan Raffelesia yang menyahut pelawaan ini.. 2 daripada 7
pasukan adalah pasukan daripada kolej Bunga Raya.. Persaingan antara mereka
bermula lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi..
Tempat pertama berjaya dirangkul oleh
pasukan daripada kolej Tun Ahmad Zaidi dan diikuti oleh Kolej Bunga Raya yang
mendapat tempat kedua dan ketiga.. Muhammad Zulhilmi Bin Yusof telah bertindak
sebagai juri dan menamatkan tugas beliau pada jam 4.30 ptg sejurus sahaja Adi
bin Kuanting (ketua Exco Sukan dan Rekreasi) mengumumkan pemenang..
No comments:
Post a Comment