Karnival Hari Terbuka Bunga Raya pada
hari yang terakhir mampat dengan aktiviti..
Sukan.
Macam-macam sukan yang dijalankan
bertempat di Kompleks Sukan UNIMAS yang baru..
Futsal, badminton, pingpong, bola
tampar, bola jarring, dan sepak takraw..
Seawal jam 8.30 pagi para peserta dah
beratur di meja pendaftaran.. para peserta lelaki dibahagikan kepada 4 kumpulan
iaitu A, B, C, dan D.. setiap kumpulan terdiri daripada 5 pasukan manakala
peserta wanita dibahagikan kepada dua kumpulan; A dan B..
Liga futsal diteruskan secara serentak
tepat jam 9 pagi.. Pengadil terdiri
daripada Jamaludin Bin Nor, Ahmad Daud Bin Haji Sojeng, Isa Bin Sebli dan Maili
Bin Haji Saini.
Pemenang tempat pertama dan kedua
daripada tiap-tiap kumpulan dibawa ke peringkat suku akhir yang bermula pd jam
2 ptg..
Persaingan yang sengit pada peringkat
suku akhir telah ditamatkan dengan pemilihan 4 pasukan yang terhebat utk
berentap di peringkat separuh akhir.. Futsal bagi kategori wanita telah membawa
Anak Seroja, Whisper, Gincu Merah dan Crayon ke peringkat separuh akhir.. Jam
2.45 ptg, futsal kategori lelaki menyaksikan Blazzer FC bertemu Beta FC dan
NOOB Futsal FC bersaing hebat dgn YB FC.. peringkat akhir telah dimulakan pada
pukul 3.45 petang.. NOOB Futsal FC dan
Beta FC terpaksa akur masing-masing di tempat ketiga dan keempat.. Blazzer FC
mencabar YB FC dan berjaya menumpaskan YB FC dengan keputusan 2 – 1.. bagi kategori wanita pula, Crayon telah
berjaya mengetepikan Anak Seroja sementara Whisper dan Gincu Merah
masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat ..
Perlawanan ditamatkan secara
keseluruhannya pada jam 5 ptg..
No comments:
Post a Comment