Sunday 28 April 2013

Program Pemeriksaan Gigi BRC Open Days 2013

Gigi sihat menawan, membina keyakinan..
Setuju?
Kerana bersetuju dgn kenyataan di atas, Kolej Bunga Raya telah mengambil inisiatif membawa klinik bergerak ke Hari Terbuka Kolej Bunga Raya 2013 apad 27 April lalu..
Program pemeriksaan gigi yang berlangsung selama lebih 6 jam ini telah mengajak pengunjung-pengunjung Hari Terbuka Kolej Bunga Raya  meyelami kepentingan dalam menjaga kesihatan gigi..
Pemeriksaan gigi secara percuma ini hanya memerlukan pengunjung untuk membawa kad pengenalan mereka bagi tujuan pendaftaran..



Lepas dah daftar, boleh terus masuk dengan riang berjumpa dgn doktor gigi.. : )










Doktor yang bertugas pada hari berkenaan ialah Dr. Amee Saffia dan Dr. Harvinderpal Singh. Mereka turut dibantu oleh Dental Surgery Assistant, 3 Trainee Dental Surgery Assistant dan  En. Mahmud Jobli selaku pemandu klinik bergerak tersebut..


Pemeriksaan ini yang sepatutnya berakhir pada jam 3 ptg telah dilanjutkan kepada 3.30 ptg kerana sambutan yang luar biasa dariapada pengunjung-pengunjung Hari Terbuka Kolej Bunga Raya ..

No comments: