Sunday 28 April 2013

Khidmat Komuniti BRC Open Days 2013


DUA HARI SATU MALAM  ..
Bukan penginapan biasa.
Exco Pembangunan Sahsiah telah berjaya membawa anak-anak yatim dari Rumah Kanak-kanak Kuching ke Kolej Bunga Raya bagi program Khidmat Komuniti sempena BRC Open Days kali yang ke-7..

Menurut Bavani A/P Balasubramaniam selaku pengarah program, khidmat komuniti ini diadakan  bagi memberi gambaran kepada anak-anak ini mengenai kepentingan masa hadapan dan mendedahkan mereka kepada suasana kampus universiti..

Hampir 70 peratus aktiviti sepanjang program ini dijalankan di bilik taklimat Kolej Bunga Raya (berdekatan surau).. Anak-anak ini seramai 18 orang telah berkampung di kolej Bunga Raya sejak petang Jumaat (26 April 2013)..  Mereka diiringi oleh 4 orang guru.. Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 13 hingga 18.. Selama dua hari, pelbagai aktiviti telah dijalankan.. Antaranya adalah senam aerobik, refreshment, lawatan ke CAIS, lawatan ke Student Pavillion, pertandingan Mini Kolam mengikut kumpulan dan sesi feedback mengenai aktiviti yg dijalankan..
















Pada hari Sabtu jam 7.30 mlm, penyampaian cenderahati dan penghargaan kepada para peserta dan guru iringan telah menjadi simbolik berakhirnya program 2 hari 1 malam ini.. acara ini disempurnakan oleh pengarah program ini sendiri..

No comments: