Wednesday 24 April 2013

Majlis Perasmian Open Day BRC 2013

08:30 malam : gegak gempita kolej Bunga Raya menyambut kehadiran TNC kita..


Ketibaan Prof. Mohd Fadzil Abdul Rahman selaku TNC UNIMAS disambut dgn persembahan silat tari dibawah seliaan Pak Indra.. Sama keadaannya seperti Open Days tahun-tahun sebelumnya, sambutan dan kehadiran penonton amat luar biasa.. Selepas kehadiran tetamu VIP, lagu kebanggaan yakni lagu Negaraku dan Unimas Gemilang dinyanyikan dgn penuh bersemangat waja.. 

Bacaan doa oleh saudara Akmal Aimanuddin menyusul bagi memberkati majlis..


Prof. Mohd Fadzil dipersilakan utk berucap seterusnya merasmikan Majlis Hari Terbuka Kolej Bunga Raya.. simbolik dan gimik telah berlangsung dan gimik kali ini biasa-biasa sahaja namun cukup memukau.. upacara simbolik dilakukan dgn mencucuk jambangan bunga oleh TNC dan tetamu kehormat yang lain.. 

Gimik pula diadakan dengan cara yang berbeza kali ini.. props obor-obor digunakan bersama kilauan lampu beserta kehadiran penari-penari di atas pentas..


Segmen persembahan bermula sejurus gimik ditamatkan.. Tayangan montaj khas daripada Unit Publisiti membuka tirai.. Seterusnya diikuti persembahan dikir barat, nasyid, koir, dan tarian India..




Majlis perasmian yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam ini menutup tirainya dengan menjemput TNC diiringi tetamu VIP yang lain menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak penganjur..


No comments: