Wednesday 24 April 2013

Demo Seni Mempertahankan Diri BRC Open Days 2013



Hari ke-3 Open Days dimulakan dgn acara demo seni mempertahankan diri.. Aktiviti di bawah seliaan Exco Keselamatan dan Disiplin Kolej Bunga Raya ini bermula lebih awal dari yang dirancang.. Demo ini telah dilaksanakan oleh Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia dengan kerjasama Persatuan Silat Cempaka, Silambam, Persatuan Muaythai Kenyalang dan Persatuan Silat Tari Kelab Kebudayaan Kolej Bunga Raya (KEBAYA).
Persatuan Silat Tari dari Kelab Kebudayaan Kolej Bunga Raya (KEBAYA) merupakan pembuka tirai program ini..Seterusnya, Persatuan Silambam Sarawak mempamerkan aksi mereka menggunakan pattern dan stick fight.. aksi bermain dengan api daripada mereka telah memukau penonton..




Silat Tari




Silambam




Silat Gayong Malaysia




Muaythai

Selepas itu, Persatuan Silat Gayong Malaysia dengan kerjasama Persatuan silat Cempaka mengambil alih sesi demo tersebut.. Antara aksi yang dipersembahkan ialah Bunga Tanjung, pentas parang, tempur tanpa senjata dan tempur dengan senjata( parang dan parang pendek).
Last but not least, demonstrasi daripada Persatuan Muaythai Kenyalang.. Demontrasi  yang istimewa ini terdiri daripada 8 orang ahli dan dimulai dengan demonstrasi secara berkumpulan kemudiannya diikuti dengan demonstrasi secara berpasangan.. terdapat tiga teknik utama yang ingin ditonjolkan ialah asas tumbukan, boran serta sepak padu..

Demonstrasi yang diacarakan oleh Daniel Dalamas ini telah berakhir pada pukul 5 ptg..

No comments: