Pertandingan
Kolam bukan untuk kaum India sahaja.. itulah uniknya BRC Open Days kali ini..
Segala aktiviti yang dijalankan boleh disertai oleh semua kaum.. pertandingan Kolam
atau dikenali seni beras ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan..
Sebanyak 7 penyertaan telah diterima, 6 daripada kolej Bunga Raya sendiri dan wakil
tunggal dari kolej Cempaka.. Peserta-peserta mempamerkan bakat seni beras
mereka bertempat di blok B2 bermula jam 5 petang dan hanya diberikan masa
selama 1 jam untuk membentuk Kolam mengikut kreativiti masing-masing..
Beras
disediakan oleh pihak penganjur tetapi hanya ditampilkan dalam 4 warna berbeza
dan peserta dibenarkan untuk membawa bahan tambahan sendiri.. Warna beras yang
disediakan adalah biru, merah, kuning, dan hijau.. Tema Kolam yang dibentuk
adalah logo BRC Open Days..
|
Cempaka Aum Aum |
|
Sep Kito |
|
ATC |
|
Puan Sita Narayanan |
|
Encik Indra Utama |
Hasil
seni ini diadili selama hampir setengah jam oleh Encik Indra Utama, pensyarah
daripada Fakulti Seni Gunaan Kreatif dan Puan Sita Narayanan.. Pertandingan ini dinilai dari sudut
kreativiti, kekemasan, ruang yang digunakan dan warna yang digunakan...
Juara
bagi pertandingan Kolam ini ialah Sep
Kito daripada Kolej Bunga Raya.. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Cempaka Aum Aum dari Kolej Cempaka dan
tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan ATC
daripada Kolej Bunga Raya.
No comments:
Post a Comment