Hari pertama bagi Open Days BRC telah
berlangsung dgn jayanya.. Sekalung tahniah kepada pihak yang bertungkus lumus
dan penghuni Kolej Bunga Raya yang memberikan sokongan terhadap 4 buah program
yang telah dijalankan semalam..
Program Ekspo Keselamatan telah bermula seawal
jam 9 pagi.. Pihak Pasukan Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Maritim Malaysia dan
Pasukan Penyelamat Bomba Malaysia bekerjasama dalam menjayakan ekspo ini..
Dalam pada masa yang sama, Forum
Keselamatan turut dijalankan.. Forum yang bermula jam 2.30 petang itu
bertemakan ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat’.. Forum ini menjurus kepada
perbincangan mengenai cara pencegahan ketika berlaku kebakaran dan penagihan
dadah dalam kalangan mahasiswa. Forum ini dipengerusikan oleh saudara Khairul
Fattah bin Khatam beserta dua panel jemputan iaitu Encik Melvin anak Amuk
selaku pegawai bomba di Jabatan Bomba & Keselamatan Kota Samarahan dan Puan
Eva anak Ecok merangkap pegawai di Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) daerah
Kuching.
Forum
yang berakhir sekitar jam 3.30 ptg itu telah disusuli dengan demonstrasi
keselamatan..
Demonstrasi
keselamatan ini adalah kerjasama daripada Pihak Jabatan
Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.. Pihak bomba telah
mengadakan demonstrasi mengawal kebakaran di sepanjang laluan pejalan kaki
bersebelahan blok B Kolej Bunga Raya. Setelah menunjukkan cara yang betul untuk
memadamkan api, segelintir penghuni Kolej Bunga Raya, Syafiq, Atiqah, Daniyal, dan
Fatah, diberi peluang untuk memadamkan api.. Kemudian, Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia meneruskan program dengan meneruskan demonstrasi menyelamatkan diri
daripada benagunan yang tinggi berlaku kecemasan.. Pegawai Jabatan Pertahanan Awam
telah menunjukkan demonstrasi turun dari tingkat 3 bangunan blok B dengan menggunakan
peralatan khas bagi tujuan keselamatan..
Ketiga-tiga
program keselamatan ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir sepenuhnya
pada jam 5 ptg..
No comments:
Post a Comment