DUA HARI SATU
MALAM ..
Bukan penginapan biasa.
Exco Pembangunan
Sahsiah telah berjaya membawa anak-anak yatim dari Rumah Kanak-kanak Kuching ke
Kolej Bunga Raya bagi program Khidmat Komuniti sempena BRC Open Days kali yang
ke-7..
Menurut
Bavani A/P Balasubramaniam selaku pengarah program, khidmat komuniti ini
diadakan bagi memberi gambaran kepada
anak-anak ini mengenai kepentingan masa hadapan dan mendedahkan mereka kepada
suasana kampus universiti..
Hampir
70 peratus aktiviti sepanjang program ini dijalankan di bilik taklimat Kolej
Bunga Raya (berdekatan surau).. Anak-anak ini seramai 18 orang telah berkampung
di kolej Bunga Raya sejak petang Jumaat (26 April 2013).. Mereka diiringi oleh 4 orang guru.. Kesemua
mereka berumur dalam lingkungan 13 hingga 18.. Selama dua hari, pelbagai
aktiviti telah dijalankan.. Antaranya adalah senam aerobik, refreshment, lawatan ke CAIS, lawatan ke
Student Pavillion, pertandingan Mini
Kolam mengikut kumpulan dan sesi feedback mengenai aktiviti yg dijalankan..
Pada
hari Sabtu jam 7.30 mlm, penyampaian cenderahati dan penghargaan kepada para
peserta dan guru iringan telah menjadi simbolik berakhirnya program 2 hari 1
malam ini.. acara ini disempurnakan oleh pengarah program ini sendiri..
No comments:
Post a Comment