Cuaca
sepanjang malam tidak mengganggu perjalanan majlis.. Alhamdullilah..syukur ke
hadrat Allah SWT..
Majlis
ilmiah sebegini mendapat sambutan daripada penghuni kolej dan tak kurang juga
daripada pengunjung luar.. Forum Perdana Islam ini adalah anjuran Exco Pembangunan Sahsiah
dibawah pimpinan saudara Akmal Aimanuddin.. Majlis ini dimulai dengan ketibaan
tetamu kehormat iaitu Timbalan Naib Cancelor UNIMAS, Yang Berbahagia Professor
Mohd Fadzil bin Abdul Rahman dan dimulakan dengan pembacaan doa..
Ahli
panel forum terdiri daripada 3 orang iaitu Dr. Halim Bin Busari, pensyarah
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Ustaz Tamri bin Arrin,
Pegawai Hikmah Bahagian Samarahan dan Ustaz Nabil Ahmad, Penceramah dan
Penyanyi kumpulan Far East.. Tema bagi forum kali ini ialah “Masyarakat
Berintegriti Sahsiah Berkualiti”
Secara
kesuluruhannya, pengisian forum amat mantap dan memberi input yang baik kepada
hadirin..
Sebelum
majlis berakhir, Dr. Muhammad Bin Hussin mengiringi Professor Mohd Fadzil bin
Abdul Rahman bagi menyampaikan cenderamata kepada ahli panel yang terlibat..
No comments:
Post a Comment