Hari ke-3 Open Days
dimulakan dgn acara demo seni mempertahankan diri.. Aktiviti di bawah seliaan
Exco Keselamatan dan Disiplin Kolej Bunga Raya ini bermula lebih awal dari yang
dirancang.. Demo ini telah dilaksanakan oleh Persatuan Seni Silat Gayong
Malaysia dengan kerjasama Persatuan Silat Cempaka, Silambam, Persatuan Muaythai
Kenyalang dan Persatuan Silat Tari Kelab Kebudayaan Kolej Bunga Raya (KEBAYA).
Persatuan Silat Tari dari
Kelab Kebudayaan Kolej Bunga Raya (KEBAYA) merupakan pembuka tirai program
ini..Seterusnya, Persatuan Silambam Sarawak mempamerkan aksi mereka menggunakan
pattern dan stick fight.. aksi bermain dengan api daripada mereka telah memukau
penonton..
Silat Tari |
Silambam |
Silat Gayong Malaysia |
Muaythai |
Selepas itu, Persatuan
Silat Gayong Malaysia dengan kerjasama Persatuan silat Cempaka mengambil alih
sesi demo tersebut.. Antara aksi yang dipersembahkan ialah Bunga Tanjung,
pentas parang, tempur tanpa senjata dan tempur dengan senjata( parang dan
parang pendek).
Last but not least,
demonstrasi daripada Persatuan Muaythai Kenyalang.. Demontrasi yang istimewa ini terdiri daripada 8 orang ahli
dan dimulai dengan demonstrasi secara berkumpulan kemudiannya diikuti dengan
demonstrasi secara berpasangan.. terdapat tiga teknik utama yang ingin
ditonjolkan ialah asas tumbukan, boran serta sepak padu..
Demonstrasi yang
diacarakan oleh Daniel Dalamas ini telah berakhir pada pukul 5 ptg..
No comments:
Post a Comment