BRC always the best..!!
Walaupun pertandingan Giant Chess ditunda ke waktu petang namun kehangatan sambutan drpd warga kolej tidak berkurang sedikit pun.. aktiviti yg dianjurkan oleh Exco Akademik & Sahsiah Kolej Bunga Raya 2013 ini telah berlansung di dataran antara Blok C1 dan Blok C2..
Giant Chess melibatkan 17 orang dalam satu kumpulan iaitu terdiri daripada seorang Master mind yang bertindak sebagai penggerak dan 16 orang lagi bertindak sebagai buah catur tersebut. Kesemua ahli memegang props yang telah pun disediakan oleh pihak penganjur mengikut kedudukan masing - masing. Aktiviti ini melibatkan sebanyak 10 buah kumpulan dan menggunakan konsep kalah mati.
Giant Chess mempamerkan kemampuan si Mastermind dalam mengawal ‘buah catur’… Mastermind mengawal dgn cara memanggil nama ahli kumpulan mengikut kedudukan buah catur yang dipilih seperti Pawn(askar), Castle(kubu), Knight(kuda), Bishop(haji), Queen(permaisuri) dan King(raja) dan kuasa check mate sebanyak sepuluh kali turut digunakan..
Enjoy the moment here..
Tepat jam 6 petang, 5 kumpulan telah diiktiraf sebagai pemenang dan menandakan permainan sudah berakhir.. : )
No comments:
Post a Comment