Sunday 28 April 2013

Futsal BRC Open Days 2013


Karnival Hari Terbuka Bunga Raya pada hari yang terakhir mampat dengan aktiviti..

Sukan.

Macam-macam sukan yang dijalankan bertempat di Kompleks Sukan UNIMAS yang baru..

Futsal, badminton, pingpong, bola tampar, bola jarring, dan sepak takraw..

Seawal jam 8.30 pagi para peserta dah beratur di meja pendaftaran.. para peserta lelaki dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C, dan D.. setiap kumpulan terdiri daripada 5 pasukan manakala peserta wanita dibahagikan kepada dua kumpulan; A dan B..
Liga futsal diteruskan secara serentak tepat jam 9 pagi..  Pengadil terdiri daripada Jamaludin Bin Nor, Ahmad Daud Bin Haji Sojeng, Isa Bin Sebli dan Maili Bin Haji Saini.
Pemenang tempat pertama dan kedua daripada tiap-tiap kumpulan dibawa ke peringkat suku akhir yang bermula pd jam 2 ptg..










Persaingan yang sengit pada peringkat suku akhir telah ditamatkan dengan pemilihan 4 pasukan yang terhebat utk berentap di peringkat separuh akhir.. Futsal bagi kategori wanita telah membawa Anak Seroja, Whisper, Gincu Merah dan Crayon ke peringkat separuh akhir.. Jam 2.45 ptg, futsal kategori lelaki menyaksikan Blazzer FC bertemu Beta FC dan NOOB Futsal FC bersaing hebat dgn YB FC.. peringkat akhir telah dimulakan pada pukul 3.45 petang..  NOOB Futsal FC dan Beta FC terpaksa akur masing-masing di tempat ketiga dan keempat.. Blazzer FC mencabar YB FC dan berjaya menumpaskan YB FC dengan keputusan 2 – 1..  bagi kategori wanita pula, Crayon telah berjaya mengetepikan Anak Seroja sementara Whisper dan Gincu Merah masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat ..










Perlawanan ditamatkan secara keseluruhannya pada jam 5 ptg..

No comments: