Sunday 28 April 2013

Bola Tampar BRC Open Days 2013

Hari Terbuka Bunga Raya telah tamat.. : (
Tapi, tapi..
Tahniah diucapkan kepada kakak-kakak dari KBR dan abang-abang Kolej Kenanga kerana berjaya menjadi pemenang utk game bola tampar yang diadakan pada 27 April yang lalu..
Kejohanan bola tampar interkolej sempena BRC Open Days 2013 ini diadakan di Kompleks Sukan UNIMAS Kampus Barat.. Perlawanan dimulakan pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari..
Sebanyak 7 kumpulan berentap menunjukkan skill menampar mereka.. 4 pasukan mewakili kategori wanita iaitu Kolej Allamanda, Medic FC, Bukan Cincai dan BRC Volleyball Club dan selebihnya mewakili kaum lelaki iaitu pasukan daripada Kolej Tun Ahmad Zaidi, Kolej Kenanga dan Kolej Bunga Raya...













Isabel Echin anak Kalat dan Adriana Jeus telah ditugaskan untuk mengadili permainan bagi kategori wanita manakala kategori lelaki telah diadili oleh Wilver anak Batu dan Ho Seng Jim..

No comments: