Monday, 19 July 2010

Kempen Hijau UNIMAS 2010 [UPDATED]

Kempen Hijau akan diadakan dari 29 hingga 31 Julai 2010 sempena lawatan Y.B. Datuk Peter Chin Kah Fui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ke UNIMAS. Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai pertandingan-pertandingan menarik yang dianjurkan, termasuklah:

1. Pertandingan Arca Kitar Semula;
Membina sebuah arca daripada bahan-bahan kitar semula. Arca setiap kolej akan dipamerkan di Pameran Hijau yang akan dirasmikan oleh YB Datuk Peter Chin Kah Fui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.


2. Pertandingan Fotografi Alam Sekitar;
Setiap kolej boleh menghantar seberapa banyak penyertaan/foto yang berkonsepkan alam sekitar yang akan turut dipamerkan di Pameran Hijau itu nanti. Foto yang terbaik akan dijadikan cenderahati kepada Menteri Mentor UNIMAS, YB Datuk Peter Chin Kah Fui. Foto yang telah dicetak, laminate atau dibingkai perlu dihantar selewat-lewatnya 23 Julai 2010 (Jumaat).


3. ExploCycle 2010;
Simbolik bagi Kempen Berbasikal. Lima (5) peserta yang mewakili setiap kolej akan berlumba menaiki basikal melalui beberapa halangan/tugasan sebelum ke garisan penamat.

Untuk makluman hadiah adalah lumayan seperti berikut:

1. Pertandingan Arca Kitar Semula
     Tempat pertama: 1 unit Basikal, wang tunai dan Eco Gift Set
     Tempat kedua dan ketiga: wang tunai dan Eco Gift Set
     Saguhati: Eco Gift Set
- bilangan peserta tidak melebihi 10 orang satu pasukan
- kolej boleh menghantar lebih daripada satu pasukan


2. Pertandingan Fotografi:
     Tempat pertama:wang tunai  dan Eco Gift Set
     Tempat kedua dan ketiga: wang tunai dan Eco Gift Set
- penyertaan perseorangan
- tiada had penyertaan bagi setiap kolej
- tarikh akhir menghantar gambar ditunda selewat-lewatnya Isnin 26 Julai
2010 (Isnin)


3, ExploCycle
     Tempat pertama: 1 unit Basikal, wang tunai  dan Eco Gift Set
     Tempat kedua dan ketiga: wang tunai dan Eco Gift Set
     Saguhati: Eco Gift Set
- 5 orang satu pasukan
- satu pasukan sahaja bagi setiap kolej
- guna basikal peribadi pelajar atau mohon melalui pihak kami dengan segera


*Eco Gift Set bernilai RM50
*Wang Tunai dan model basikal tertakluk kepada kelulusan JK Induk

Cop Kolej akan disediakan untuk para peserta. Kepada yang berminat, sila berikan nama anda ke pejabat kolej.

Kerjasama semua pihak dalam menyokong dan menggalakkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar ini amat dihargai.

2 comments:

26051 said...

Hi, I'm a 1st year. May I know how can I participate in the photo taking and ExploCycle competition?

Kolej Bunga Raya, UNIMAS said...

go to the office, and give your particulars.

The photo contest is an individual work. Submit your photo by 26th July.

The Explocycle is a group contest.

Do submit your name latest by Thursday