Thursday, 11 February 2010

Sukaneka Kolej 2

Sekali lagi, untuk bulan Februari 2010, pihak JPK akan mengadakan aktiviti Sukaneka Kolej 2!

20 Februari 2010
8:00 pagi - 1:00 petang
Dataran KBR

Semua pelajar dijemput dan digalakkan untuk menyertai Sukaneka ini. Bentukkan satu kumpulan, 10 ahli setiap kumpulan, dan daftarkan nama-nama anda di pejabat kolej selewat-lewatnya hari Jumaat, 4:00 petang! Setiap penyertaan akan diberikan cop kolej!

Kod pakaian: Sporty Casual

2 comments:

Anonymous said...

mengadakan sukaneka sms cuti semester tahun baru cina & cop diberikan. bukankah ini tdk adil bagi pelajar2 yg balik menyambut perayaan CNY? maknanya mrk yg tdk balik akan berpeluang mendapat cop lebih?

sms hari raya semester lepas, kolej bunga raya senyap saja. TIADA aktiviti LANGSUNG. aktiviti yg tdk diberi cop pun tiada, apatah lagi aktiviti yg akn diberi cop.

wireless langsung tdk dpt connect sejak awal semester ini. blh dikatakan sy tdk pernah connect dlm bilik sy sepanjang sem ini. minta pantau dan tujukan masalah ini kpd pihak yg berkaitan, jgn biarkan masalah warga BRC "fall on deaf ears".

terima kasih.

Kolej Bunga Raya, UNIMAS said...

Hi.

1. Peluang sudah diberikan kepada semua pelajar untuk mendapat cop semasa Sukaneka Kolej 1. Sukaneka Kolej 2 ini adalah aktiviti tambahan untuk yang tidak pulang semasa cuti.

2. Wireless kolej merupakan satu masalah yang sering mendapat banyak aduan. Pihak KBR telah pun memberitahu pihak CICTS berkenaan dengan sistem wireless di KBR. Seperti yang sudah dijelaskan, wireless bukanlah tanggungjawab KBR, tetapi CICTS. Faktor penyebab kerosakan router wireless adalah router dipanah petir semasa cuaca hujan lebat, dan satu router bukannya murah untuk dibeli. Diharap anda bersaabr dengan sistem wireless. Jika anda bukan jenis penyabar, anda mempunyai pilihan wireless lain, cth: DiGi Broadband, Celcom Broadband.

Sekian, terima kasih.