Monday, 1 February 2010

Panduan Denda di Kawasan Kolej Kediaman

Sejak belakangan ini, phiak kolej telah emngeluarkan saman dan denda kepada ramai pelajar. Jadi, untuk makluman pelajar semua, di bawah merupakan panduan denda di kawasan kolej kediaman.


PANDUAN DENDA BAGI KESALAHAN KECIL DI KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Kod

Kesalahan

Denda (RM)

KKP 001

Menyidai pakaian di tempat yang tidak dibenarkan

1.00 seunit

KKP 002

Tidak memulangkan kunci pada tarikh yang ditetapkan

2.00 seunit sehari

KKP 003

Tidak memakai kad matrik di kawasan kolej / kampus

10.00

KKP 004

Membuat bising antara jam 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi

10.00

KKP 005

Menggunakan peralatan elektrik yang tiada kebenaran

10.00 seunit

KKP 006

Menampal gambar, nota, dan sebagainya tanpa kebenaran kecuali di tempat yang dibenarkan

20.00

KKP 007

Bilik dalam keadaan kotor dan tidak kemas

20.00

KKP 008

Berada dalam bilik penghuni lain di antara jam 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi.

20.00

KKP 009

Memasang kunci tambahan tanpa kebenaran

20.00

KKP 010

Pelajar berkelakuan / berpakaian tidak sopan di kolej

25.00 dan dirujuk kepada Kaunselor

KKP 011

Merokok

30.00

KKP 012

Menghuni / membenarkan menghuni di kolej secara haram

50.00 setiap seorang

KKP 013

Memindah perabot ke tempat lain tanpa kebenaran

  1. Denda 50.00
  2. Membayar gantirugi mengikut nilai semasa pembelian

KKP 014

Berada di zon larangan

50.00

KKP 015

Melakukan pendawaian elektrik haram

50.00

KKP 016

Memasak makanan di dalam bilik tidur atau di kawasan yang tidak dikhaskan untuk memasak

50.00

KKP 017

Memiliki / mengedar / membakar mercun, bunga api / membakar sampah sarap

50.00

KKP 018

Tidak mempamerkan peleakt engenalan penghuni di pintu bilik kediaman

10.00

KKP 019

Meminjam kunci pendua melebihi 3 kali dalam satu semester

10.00

KKP 020

Merosakan pintu / tombol / tingkap atau struktur dalam apartmen

50.00

KKP 021

Menghilangkan kunci / tag kunci bilik / apartmen

10.00 seunit

KKP 022

Membiarkan lampu / kipas / peralatan elektrik dihidupkan semasa pelaar tiada di bilik / apartmen

10.00 seunit

No comments: